Raja Muda Perlis kunjungi set penggambaran Telaga Suriram - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis kunjungi set penggambaran Telaga Suriram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan mencemar duli ke set penggambaran filem Telaga Suriram baru-baru ini.

Momen istimewa itu dikongsi salah seorang pelakon filem berkenaan, Maya Karin menerusi video yang dimuat naik di Instagramnya dua hari lalu.

“Terima kasih DYTM Tuanku Raja Muda Perlis DYTM Raja Puan Muda Perlis kerana sudi mencemar duli, turun ke set penggambaran filem #telagasuriram,” tulisnya.

Penggambaran Filem seram arahan pengarah tersohor, Osman Ali itu telah bermula beberapa hari lepas.

Selain Maya Karin dan Nabila Huda, Telaga Suriram menampilkan nama-nama besar seperti Ellie Suriati, Farid Kamil dan Scha Alyahya.

Filem tersebut dijangka ditayangkan sekitar penghujung tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya