Mohd Mentor tak galak isteri terjebak - Utusan Malaysia

Mohd Mentor tak galak isteri terjebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Risau tiada masa dan anak terbiar”

Itu reaksi bekas juara program realiti Mentor musim keempat, Mohd Izwan Mohd Noor, 33, ketika mengulas mengenai isterinya, Nurul Asyiqin Zaini yang ‘dilamar’ syarikat produksi.

Jelas Mohd Izwan, dia lebih selesa kalau isterinya menjadi seorang pempengaruh media sosial.

“Sebelum ini pernah produksi Sheila Rusly nak ambil dia berlakon. Namun isteri saya tak minat dan dalam masa sama saya pun tak galakkan dia.

“Insiden ketika itu ada kru terjumpa kami di bawah pejabat Sheila masa kami sedang makan di kawasan sana.

“Tetapi kalau dia terkenal dan jadi Instafamous tidak mengapa sebab boleh jana pendapatan,” akuinya.

Sementara itu, bercakap mengenai rumah tangga yang sudah terbina hampir lima tahun, Mohd Izwan mengakui dia mahu menambah cahaya mata.

“Memang mahu ramai cahaya mata dan sedang berusaha. Bosan juga anak saya ini. Dia tiada kawan.

“Dalam masa sama tidak mahu rapat sangat, bagi ruang tiga ke empat tahun,” katanya lagi.

Sebagai informasi, Mohd Izwan dan Asyiqin mendirikan rumah tangga pada 2017 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohd Izz Rafael yang berusia tiga tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN