Episod terakhir adalah penentuan- Sabri Yunus ajak tonton 4 Abdul 1 Mohd - Utusan Malaysia

Episod terakhir adalah penentuan- Sabri Yunus ajak tonton 4 Abdul 1 Mohd

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah tersohor, Sabri Yunus mengajak orang ramai agar meluangkan masa menonton episod akhir drama bersiri 4 Abdul 1 Mohd yang akan ditayangkan pada malam ini.

Kata Sabri, episod terakhir adalah penentuan kemuncak konflik yang membawa kejutan untuk penonton yang mengikuti drama tersebut sejak mula ditayangkan.

“Semua persoalan akan terlerai pada episod akhir malam ini. Pendedahan demi pendedahan akan berlaku.

“Malam ini kita akan tahu siapa sebenarnya dalang berniat jahat. Dan saksikan plot twist yang akan menjawab teka teki penonton. Nantikan,” katanya.

Dalam pada itu, Sabri sempat meluahkan rasa terima kasih atas sokongan penonton terhadap drama tersebut.

“Alhamdulillah, saya berterima kasih kepada penonton yang menyokong drama ini selama ia ditayangkan.

“Banyak mesej yang cuba ketengahkan. Saya harap ia sampai kepada penonton,” ujarnya.

Episod akhir 4 Abdul 1 Mohd bakal bersiaran pukul 11 malam di Astro Ria saluran 104.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya