Bapa Sheera Iskandar meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bapa Sheera Iskandar meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bapa pelakon Sheera Iskandar, Tengku Iskandar Putra meninggal dunia hari ini.

Berita duka itu dimaklumkan Sheera atau nama penuhnya, Tengku Sheera Ilani menerusi Instagramnya sebentar tadi.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Ayahanda Sheera telah pulang ke Rahmatullah sebentar tadi.

“Semoga roh ayahandaku mendapat rahmat dengan anugerah keampunan daripada Allah SWT serta dikurniakan tempat di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh serta dimasukkan ke dalam syurga Allah SWT,” tulisnya.

Turut berduka dengan berita tersebut adalah rakan artis yang menulis ucapan takziah di ruangan komen.

Antaranya seperti Raja Ilya, Mustawim Bahadon, Farahdhiya, Azhan Rani, Aaron Aziz dan ramai lagi.

Pelakon filem KL Gangster 2 itu pada Februari lalu memberitahu bahawa bapanya jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital.

Sheera bagaimanapun tidak berkongsi tentang penyakit yang dialami Allahyarham.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya