Wawawien Beaute lantik Fasha Sandha jadi duta - Utusan Malaysia

Wawawien Beaute lantik Fasha Sandha jadi duta

Pemilik jenama Wawawien Beaute, Wawa (kanan) dan Awien di majlis pelancaran Fasha Sandha sebagai duta produk Gebu Glow di ibu kota semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Syarikat Wawawien menerusi rangkaian jenama Wawawien Beaute dengan penghasilan Vitamin C Gebu Glow mensasarkan jualan sebanyak 20 juta tahun ini.

Sasaran itu diyakini dapat direalisasikan menerusi langkah melantik aktres Fasha Sandha sebagai duta produk yang dipasarkan itu.

Pelantikan ibu kepada tiga cahaya mata itu diumumkan pada 17 Januari (hari ini) dalam satu majlis bertemakan drama Emily In Paris di sebuah premis acara di ibu kota.

Syarikat itu diusahakan dua beradik kelahiran Kedah, Maizatulnazwa Mohd Zulkifli (Wawa), 34, dan adiknya, Nurul Nazwin Mohd Zulkifli (Awien), 29.

“Kami memulakan perniagaan menjual 200 helai tudung dari rumah bermodalkan duit simpanan sekitar RM2,000 hingga tercetus Wawawien Collection. Masa tahun 2017 pernah rasa putus asa dan nak makan gaji dengan pendapatan bulanan. Namun kami tidak mengalah.

“Seterusnya pada September tahun 2020, kami mencabar diri meneroka pasaran kecantikan pula menerusi Wawawien Beaute. Daripada situ lahir rangkaian produk tunggal berasaskan vitamin C dipanggil Gebu Glow.

“Moga pelantikan duta ini akan terus memberi nilai tambah kepada kami,” kata Wawa selaku Ketua Pegawai Operasi syarikat itu.

Tambah Wawa lagi, mereka menggunakan pendekatan modul ‘business to business’ dengan menyediakan platform latihan dan pembangunan kerjaya untuk agen.

Hingga kini sudah ada lebih 2500 agen berdaftar di seluruh negeri.

“Niat kami nak bantu mereka yang hidup susah termasuk golongan suri rumah atau bekerjaya menjana pendapatan. Kami pernah susah, jadi kami mahu sama sama senang dengan lain dengan hanya buat duit dari rumah,”katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Awien pula menambah, minat dan obsesnya bersama kakak terhadap dunia kecantikan antara yang mendorong kelahiran produk berasaskan vitamin C itu.

Mereka mahu mendidik bahawa memiliki kulit sihat adalah lebih utama berbanding memutihkannya.

“Wanita dan kecantikan berpisah tiada. Kami sendiri jenis suka makan suplemen untuk jaga kecantikan dan kesihatan diri.

“Saya dan kakak sendiri berkahwin di usia muda. Saya kahwin di usia 21 tahun. Cuma selalu orang akan skeptikal yang vitamin C menambah selera makan. Hakikatnya tidak.

“Cuma kami ini spesis tak suka makan ubat dalam bentuk tablet. Sebab itu ia dikeluarkan dalam bentuk serbuk. Ia juga meningkatkan imunisasi badan dan mencantikkan kulit sihat. Ia jauh sekali untuk memutihkan kulit. Ibu mengandung dan budak dari umur tujuh tahun pun selamat nak guna,” katanya.

Dalam pada itu, Awien berkata, pemilihan Fasha seiring pengaruh, populariti dan statusnya sebagai ibu yang masih menjaga kecantikan dan memenuhi tanggungjawabnya sebagai isteri serta ibu.

“Ikutkan kami lebih selesa guna terma pengguna setia berbanding duta. Fasha bermula daripada mencuba produk itu secara ulasan di Instagram.

“Dia sendiri menggunakan produk itu secara konsisten dan memuji semangat kami untuk bantu golongan suri rumah dan ibu. Dia sendiri bergelar ibu dan tahu bagaimana kesusahan golongan ibu di era pandemik Covid-19,”katanya.

Syarikat milik 100 peratus bumiputera itu ditubuhkan Ogos 2015. Ia bermula dengan status enterprise dan bertukar Sdn Bhd sejak 20 Julai 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya