Tak semestinya ke sana baru dianggap artis berjaya – Aiman Tino - Utusan Malaysia

Tak semestinya ke sana baru dianggap artis berjaya – Aiman Tino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pernah mencipta fenomena tersendiri di negara tersebut dengan lagu Ku Rela Dibenci dan Permata Cinta, Aiman Tino, 23, beranggapan, tidak semestinya kejayaan harus diukur dengan sejauh mana seseorang itu mampu terbang ke negara orang.

Tidak menolak bahawa ia mampu menjadi satu bonus untuk mencantikkan lagi profil kerjaya seseorang artis itu, namun, usahlah terlalu merendah diri jika belum punya rezeki untuk mara ke peringkat luar negara.

“Seseorang artis itu tetap mampu berjaya di mata ramai kerana dia sudah dikenali rakyat sendiri. Kalau dapat peluang tembusi ke negara seberang atau mana-mana negara sekali pun, ia satu bonus dan rezeki.

“Memang saya pernah sampai ke sana, tapi bagi saya, apa yang dilalui itu belum boleh dikira satu pencapaian yang tinggi. Saya cuma dikenali oleh segelintir penduduk di sana. Ada ramai lagi yang lebih berjaya daripada saya.

“Contohnya, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Amy Search. Mereka ada kelebihan dan kredibiliti yang tinggi dan masing-masing juga hebat dalam medan suara dan seni muzik masing-masing,” katanya.

Kata Aiman lagi, jika seseorang artis itu dinobat dengan anugerah-anugerah tempatan, itu juga sudah menyaksikan pencapaian yang mengagumkan.

“Di sinilah maksud saya, tak semestinya kena sampai ke negara seberang maka kita dikira artis yang berjaya. Pendek kata, nak berjaya dalam apa-apa bidang sekali pun, kena berusaha. Artis-artis baru pun boleh banyak belajar daripada artis yang lebih senior,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN