“Varian Omricon sudah masuk Malaysia” - Diana Danielle - Utusan Malaysia

“Varian Omricon sudah masuk Malaysia” – Diana Danielle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bimbang dengan ancaman varian baharu, Omricon, pelakon Diana Danielle mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan pemakaian pelitup muka setiap masa meskipun ketika muncul di kaca televisyen (tv).

Kebimbangan itu disuarakan Diana menerusi Instagramnya baru-baru ini.

Kata Diana, langkah untuk sentiasa memakai pelitup muka meskipun ketika mengikuti rakaman program tv dilakukan berikutan ancaman varian baharu Covid-19 yang lebih mudah berjangkit itu.

‘Maaf guys, minggu ini ‘D’ pakai mask (pelitup muka) di tv. Bila bercakap tu, saya bukalah sekejap.

“Dengan varian Omricon sudah masuk Malaysia, kadar jangkitannya sangat tinggi. Jadi, kita jaga kita,” tulisnya.

Malaysia merekodkan kes pertama jangkitan varian tersebut semalam, melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun.

Individu berkenaan merupakan seorang pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya