Tolak tawaran, saya kena sayang diri sendiri dulu - Karl Syafek - Utusan Malaysia

Tolak tawaran, saya kena sayang diri sendiri dulu – Karl Syafek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pengacara dan pelakon, Karl Syafek, 41, mengaku terpaksa menolak beberapa tawaran membabitkan aktiviti seni hiburan walaupun sedar ada cakap-cakap belakang yang mungkin menganggap tindakan itu merugikan bakat yang ada pada dirinya.

Menurut Karl atau nama sebenarnya, Khairul Shafek Ibrahim, dia mempunyai sebab kukuh untuk tidak menerima tawaran pengacaraan atau lakonan buat sementara waktu kerana perlu fokus pada kesihatan dirinya dahulu.

“Saya sudah dua tahun senyap dalam bidang pengacaraan. Malah, fokus saya juga terarah kepada bidang rekaan fesyen di bawah jenama Neonate Clothing. Adalah juga tawaran yang datang sekitar Oktober dan November, tapi terpaksa saya tolak kerana terlibat dalam KL Fashion Week pada awal bulan lalu.

“Sekarang pula saya baru sahaja membuka cawangan kafe di Kelana Jaya dan saya sebagai Pengarah Urusan, menguruskan banyak perkara. Memang saya rasa sayang menolak tawaran dalam bidang pengacaraan tapi saya tak ralat.

“Saya tak mahu susahkan orang lain dan tak boleh memberikan komitmen terhadap pelbagai perkara. Saya juga tak nak buat banyak benda dalam satu masa memandangkan dengan
tahap kesihatan mental,saya juga dah tak ‘fit’ seperti dahulu. Memang sayang tolak tawaran, tetapi saya kena sayangkan diri dahulu,” katanya.

Karl berkata demikian semasa ditemui di majlis pembukaan Dulang Kafe di Kompleks Kelana Jaya pada Jumaat lalu.

Selain itu, berkongsi kisah mengenai pembukaan Dulang Kafe, kata Karl, dia bersyukur dan berbangga kerana impiannya untuk membuka sebuah kedai makan akhirnya tercapai.

Malah, inspirasi itu cukup menebal memandangkan dia juga datang daripada sebuah keluarga yang sudah terbiasa berniaga makanan.

“Dari sebelum masuk program MasterChef lagi memang dah simpan hasrat itu. Lagipun, keluarga saya iaitu ibu juga memang pernah buka gerai tepi jalan menjual nasi lemak dan ketering kecil-kecilan.

“Jadi, saya berhasrat satu hari nanti nak ada satu kafe sendiri dimana saya menjual makanan kegemaran saya,” katanya.

Dalam pada itu, kata pengacara ini, sebagai seorang usahawan selebriti tentunya dia berdepan pelbagai cabaran untuk membuka kafe tersebut.

“Saya ambil masa lebih dua bulan untuk membuka kafe ini. Perancangan nak buka pada awal November selepas saya selesai pertunjukan fesyen.Tapi berdepan dengan masalah ubah suai yang mengambil masa agak lama untuk siap sepenuhnya.

“Ingatkan nak buka pada 19 November lalu tapi tak boleh juga.Sehinggalah hari Jumaat lalu, saya ambil keputusan teruskan saja pelancaran pembukaan kafe ini. Tak mahu tangguh lagi,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya