“Terima kasih hargai bantuan dari pihak ATM” -Hishammuddin ucap penghargaan buat Sharifah Shahirah - Utusan Malaysia

“Terima kasih hargai bantuan dari pihak ATM” -Hishammuddin ucap penghargaan buat Sharifah Shahirah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah yang kini bergiat aktif menjalankan misi bantuan banjir, menzahirkan penghargaan buat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang turut sama membanting tulang membersihkan rumah mangsa banjir di Chegar Medang, Bentong, Pahang.

Menerusi entri Instagram, Shahirah ada memuat naik satu perkongsian video yang memaparkan pasukan berkenaan dan anggota Ibu Pejabat Daerah (IPD) bersama-sama membantu membersihkan rumah di kawasan yang terjejas berkenaan.

“Di Chegar Medang. Saya nak menghantar @ninajuren ke sini esok. Dia kata nak, semoga berjaya. Bentong masih lagi seperti ini.

“Macam ini lah abang askar turun cuci kan… Terima kasih abang askar. Khidmat masyarakat dari IPD dan ATM Cameron Highland,” katanya di Instagram.

Perkongsian penyampai radio itu telah mendapat perhatian Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menerusi ruangan komen, beliau mengucapkan terima kasih buat Shahirah kerana menghargai ATM selain berjanji bahawa pasukan berkenaan akan terus membantu petugas agensi dan sukarelawan dalam melaksanankan kerja-kerja pembersihan pasca banjir.

“Terima kasih menghargai bantuan dari pihak ATM. InsyaAllah, ATM akan terus bantu sedaya upaya petugas agensi dan sukarelawan.

“Dalam melaksanakan kerja-kerja pembersihan pasca banjir di Pahang sehingga selesai,” tulis beliau dalam ruangan komen.

Menjengah komen yang lain juga, rata-rata warganet turut sama menzahirkan penghargaan buat anggota berkenaan yang bertungkus lumus mengerah tenaga membantu masyarakat yang memerlukan.

“Syabas abang sado, semoga kalian sentiasa di dalam lindungan Allah dan diberikan kesihatan yang baik. Sado selalu agar dapat melindungi dan membantu negara,” tulis seorang warganet.

“Syabas kepada semua para sukarelawan dan ATM. Anda hebat,” komen ringkas seorang lagi warganet.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya