Pakai seksi, Caprice akui terima isteri seadanya - Utusan Malaysia

Pakai seksi, Caprice akui terima isteri seadanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi rap dan usahawan selebriti terkenal, Caprice, 33, menjelaskan kemarahan bukanlah satu pilihannya apabila menyentuh mengenai cara isterinya berpakaian.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, mengakui perkara itu ketika menjawab pertanyaan netizen di ruangan Instagram Story (IGS) semalam yang merujuk kepada tindakan isterinya yang dilihat gemar berpakaian seksi di media sosial.

“Begini, sebelum berkahwin pun, saya terima dia untuk siapa dirinya yang lepas, siapa dirinya yang sekarang dan siapa dirinya yang saya harapkan akan jadi.

“Begitu juga dengan bagaimana dia menerima diri saya ini. Untuk siapa diri saya pada masa lampau, siapa diri saya sekarang dan juga siapa saya pada masa akan datang,”katanya.

Selain itu, Caprice juga meluahkan rasa berterima kasih kepada pengikut-pengikut yang dianggap sangat prihatin dengan diri dan keluarganya dan menganggap setiap insan tentunya menanam azam untuk berubah ke arah kebaikan di suatu masa nanti.

“Saya cuma nak anda semua tahu bahawa saya percaya, semua orang akan mahu berubah menjadi manusia yang lebih baik. Semua orang pada satu tahap akan berhijrah. Tak ada orang nak berada di satu tempat sahaja.

“Sebab, itu akan jadi membosankan.InsyaAllah, kami sedang cuba berubah ke arah yang lebih baik,”katanya.

Terdahulu, Caprice pernah berkongsi luahannya berhubung isu pemakaian isterinya, Farra Inalis Hussni, di Instagram beberapa hari lepas.

Menurut penyanyi rap ini, dia pernah menegur mengenai hal tersebut namun tidak mahu terlalu memaksa isterinya menutup aurat kerana mahu perkara itu dilakukan dengan hati yang ikhlas dan kerana Allah SWT.

Dalam pada itu, menerima pertanyaan daripada pengikut mengenai rahsia kejayaannya di usia yang muda, Caprice ada jawapan yang tersendiri.

“Jika awak masih muda, awak berhak untuk melakukan kesilapan. Jangan takut untuk jatuh, jangan takut bertemu kegagalan bahkan jangan takut untuk diketawakan oleh orang lain.

“Buat sahaja apa yang anda nak buat, InsyaAllah. Saya percaya, lebih banyak halangan yang anda lalui, lebih banyak pengalaman yang awak akan miliki.

“Automatik, awak akan menjadi seorang insan yang lebih kuat. Saya sebelum ini pernah lalui macam-macam dah. Dengan menteri pernah gaduh, dengan artis, interpol…jadi, ya,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.