Michelle Yeoh sertai kerja pembersihan pasca banjir - Utusan Malaysia

Michelle Yeoh sertai kerja pembersihan pasca banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, 59, mencuri tumpuan ramai selepas beliau hadir menyertai kerja-kerja pembersihan pasca banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Beliau yang turut ditemani hartawan ternama, Tan Sri Vincent Tan mengambil peluang sempena cuti perayaan Krismas untuk membantu golongan yang terkesan akibat bencana tersebut.

Misi berkenaan turut disertai pasukan 502 Askar Wataniah Divisyen ke-4 Infantri Malaysia, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Yayasan Taiwan Buddhist Tzu-Chi Malaysia.

Turut hadir adalah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Michelle berkata beliau terharu dengan penyatuan masyarakat berbilang bangsa yang turun padang membantu mangsa yang terkesan akibat bencana tersebut.

“Saya terharu melihat orang ramai yang bersama di sini tidak kira agama, bangsa atau warganegara yang turun membantu mangsa banjir.

“Ini semangat Krismas sebenar. Terima kasih semua,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya