"Jual susu niat bantu usahawan" - Ameer Forteen - Utusan Malaysia

“Jual susu niat bantu usahawan” – Ameer Forteen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Ameer Forteen kini tampil mengusahakan jualan produk susu jenama Irfan sejak akhir November lalu.

Selaku pengusaha jenama berkenaan, Ameer atau nama penuhnya Mohd Arif Ameerais Azhar, berkata, perniagaan itu turut mampu membantu para usahawan lain di luar sana.

“Sejujurnya saya menjalankan bisnes bersama rakan niaga dan syarikat ini dikenali sebagai World Marketing Work sudah ada kilang sendiri.

“Saya berniat untuk membantu para usahawan untuk keluarkan produk sendiri di mana kita juga buat OEM untuk mana-mana produk,” ujarnya.

Mengulas mengenai kebaikan susu tersebut, kata penyanyi lagu Sudahlah itu, produk susu Irfan ini lebih menjurus kepada penghadaman kanak-kanak, minda dan tumbesaran yang berasaskan madu, kurma, arabic gum, kismis serta lain khasiat.

“Produk ini juga sudah berada di pasaran lebih dari tujuh tahun dan menerima pelbagai pengiktirafan baik dalam dan luar negara.

“Susu Irfan untuk kanak-kanak berusia dalam lingkungan setahun dan ke atas. Bahan yang digunakan seperti susu kambing, susu kambing coklat dan krim susu lembu.

“Tapi kami juga ada barisan susu kambing untuk golongan remaja hingga warga emas. Selain itu, minuman chocolate malt juga ada,” katanya.

Ditanya mengenai pemilihan nama jenama, katanya, Irfan membawa maksud aktif, cerdas, ceria dan nama ini sangat sinonim khususnya untuk anak-anak kecil.

“Malah, nama Irfan ini membuatkan orang tahu bahawa susu ini adalah produk muslim atau lokal produk,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya