Hidap kanser, Mieza mahu bangkit semula - Utusan Malaysia

Hidap kanser, Mieza mahu bangkit semula

PETALING JAYA 30 November 2021 - fieza artis baharu , Media Mulia Studio. - UTUSAN / SYAWAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENGAKUI kehidupannya sudah tidak seceria dahulu selepas disahkan menghidap kanser payudara tahap pertama pada Mei lalu, namun dalam keresahan dan kemurungannya menerima hakikat itu, dia tekad mahu bangkit semula dengan peluang yang diberikan..

Katanya, walaupun seperti sudah putus asa, kini dia seolah-olah mendapat semangat dan kekuatan untuk meneruskan langkah dalam industri.

Sebelum dikesan menghidap kanser payudara, Norhamiza Md. Akhir atau mahu dikenali dengan nama Mieza telah mengeluarkan single pertamanya berjudul Sepi Berdua ciptaan Tam Mustafah dan Arwah Tony Iskandar serta penulis lirik, Ad Samad.

“Saya harap lagu Sepi Berdua akan diputarkan di semua stesen radio tidak lama lagi,” kata penyanyi berusia 36 tahun ini kepada Pancaindera baru-baru ini.

Menurut Mieza, lagu bergenre rock balada itu mengisahkan tentang pasangan yang terperangkap dalam hubungan dan tidak tahu ke mana hala tuju mereka. Lagu ini boleh didengari di semua platform digital.

Ceritanya, nasib agak menyebelahinya, apabila akan muncul dengan projek baru tahun depan.

Tawaran itu bagaikan memberikan dia semangat untuk bangkit semula daripada kesedihan dan kemurungan dalam melawan penyakit itu.

Pun begitu dia sedar, mengukir nama dalam industri ini memang tidak mudah tambahan pula dengan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan.

“Memang perlu kerja keras untuk pastikan orang ramai kenal dan tahu kewujudan kita. Kalau ada duit apa-apa lagu pun boleh popular. Muzik sekarang tak macam dulu, terutamanya untuk artis baharu tak mudah masuk dalam industri ini,” katanya lagi.

Selain memasang impian menjadi penyanyi profesional, katanya, jika diberi kesempatan, dia mahu menjadi pengacara rancangan masak-masak.

“Saya suka belajar memasak dan suka makan,” kata anak kelahiran Selangor ini.

Berkongsi tentang pengalamannya setelah mengetahui menghidap barah payudara, cerita Mieza, dia mengakui asyik menangis beberapa hari selepas diberitahu dan merasakan hidupnya akan berakhir tidak lama lagi.

“Saya langsung tak sangka akan menghidap penyakit itu kerana selama ini sangat aktif bersukan, menjaga pemakanan selain ambil pil vitamin. Namun, mungkin ia tidak dapat dielakkan kerana keturunan. Arwah ibu dan kakak saya juga meninggal dunia kerana kanser,” jelasnya.

Mieza berkata, dia memang bagaikan berputus asa untuk memperjuangkan kariernya sebagai penyanyi baru tetapi kini dia mahu bangkit, mencuba.

“Selepas pembedahan membuang kanser itu, saya buat enam kali rawatan kemoterapi. Kesannya, rambut, bulu mata dan kening semua gugur, kuku di jari hitam dan paling mencabar berat badan naik tujuh kilogram kerana ubat yang diambil.

“Selesai kemoterapi, perlu buat rawatan radioterapi. Alhamdulillah, saya baru habis semua rawatan. Setakat ini, kanser itu sudah tiada dan diharap ia tidak akan kembali,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya