“Gembira tetapi lebih kepada sedih, semoga berbahagia kakak ku” -Titipan ringkas Raysha buat Uqasha - Utusan Malaysia

“Gembira tetapi lebih kepada sedih, semoga berbahagia kakak ku” -Titipan ringkas Raysha buat Uqasha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Adik kepada pelakon Uqasha Senrose, Raysha Rizrose menitipkan ucapan ringkas yang penuh bermakna bersempena perkahwinan kakak tercintanya bersama pelakon Kamal Adli.

Menerusi entri Instagram, pelakon drama Ryan Aralyn itu memuat naik satu hantaran gambar yang memaparkan dia sedang menyarungkan sepatu berwarna putih pada kaki Uqasha sebelum diijab kabulkan.

Menerusi coretan ringkas itu, Raysha menitipkan doa buat kakaknya agar sentiasa berbahagia melayari bahtera rumah tangga.

“Detik sebelum diijab kabul. Semoga berbahagia kakak ku,” tulisnya di Instagram.

Menerusi perkongsian di Instastory, pelakon itu turut meluahkan meluahkan rasa gembira atas perkahwinan kakaknya itu.

“Tiada kata yang dapat menjelaskan perasaan saya ketika ini. Gembira tetapi lebih kepada sedih sebenarnya. Saya sayang awak Uqasha,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut mendoakan agar dikurniakan kebahagiaan berkekalan selain memuji penampilan kedua aktres tersebut.

Terdahulu, Uqasha selamat bergelar isteri kepada Kamal pada tanggal 5 November lalu selepas sebulan merahsiakan pernikahan mereka.

Kedua-dua bintang tersebut difahamkan telah melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis tertutup pada tarikh berkenaan.

Pasangan dua sejoli itu juga dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikah Tuan Izzuddin Abdul Mutalib, tepat jam 9.39 pagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya