“10 kali keluar masuk, 10 kali mandi” – Dynas Mokhtar - Utusan Malaysia

“10 kali keluar masuk, 10 kali mandi” – Dynas Mokhtar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “10 kali keluar masuk, sebanyak itu jugalah saya mandi”.

Itu reaksi pelakon terkenal, Dynas Mokhtar, 38, ketika diajukan pertanyaan tentang kebersihan diri dan langkah berjaga-jaga dari dijangkiti wabak berbahaya, Covid-19.

Menurut ibu kepada tiga orang cahaya mata itu, sebelum ini dia berbelanja besar untuk ujian kit Covid-19.

“Saya akan pastikan mandi sebelum sentuh apa-apa. Kalau sebelum keluar, saya akan rancang jadual saya.

“Selain daripada itu, Alhamdulillah sekarang ini ujian kit Covid-19 sudah murah. Sebelum ini, saya berbelanja besar.

“Mana tidaknya, saya kan menjalani penggambaran. Kadang-kadang dari dua hari sampai ke tiga hari. Hendak pula bertukar lokasi dan lebih-lebih lagi kalau shooting di kawasan yang agak menyeramkan,” ujarnya.

Menyedari tindakannya ibarat boleh mendatangkan rasa paranoid, pelakon drama bersiri Keluarga Untuk Di Sewa itu, akan membuat ujian sekali seminggu.

“Saya akan ada rasa kalau macam tidak sedap badan atau lepas pulang dari lokasi yang ada keberangkalian, saya buat

“Kalau nak buat hari-hari nanti ibarat sakit jiwa dan paranoid pula. Kena teruskan hidup juga.

“Ini bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi untuk orang sekeliling juga,” akhirinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN