Saya mohon kami diberi ruang - Aishah - Utusan Malaysia

Saya mohon kami diberi ruang – Aishah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kisah rumah tangga penyanyi, Aishah baru-baru ini tular selepas dia tampil mendedahkan tidak lagi tinggal sebumbung dengan suami sejak tiga bulan lalu.

Pengakuan Aishah itu mengejutkan ramai pihak memandangkan tidak pernah ada cerita-cerita kurang enak yang didengar berkaitan rumah tangga penyanyi ini yang sudah pun dibina selepas lima tahun yang lalu.

Malah, Aishah dalam satu kenyataan baru-baru ini mendedahkan dia dan suami sudah berpisah namun talak belum dilafazkan.

Aishah atau nama sebenar, Wan Aishah Wan Ariffin yang dihubungi Utusan Malaysia baru-baru ini mengesahkan apa yang diberitakan dan tular baru-baru ini adalah benar.

“Sebenarnya tak ada apa lagi yang saya nak komen.

“Cerita yang keluar itu betul,” tulisnya menerusi satu hantaran WhatsApp baru-baru ini.

Dalam hantaran sama, Aishah turut meminta agar semua pihak memberikannya sedikit ruang untuk menyelesaikan isu tersebut.

“Saya mohon kami diberi ruang untuk selesaikan dengan cara baik,” tambahnya.

Untuk rekod, penyanyi lagu Camar Yang Pulang ini telah berkahwin buat kali ke empat pada 2017.

Dia bagaimanapun lebih selesa untuk tidak terlalu mendedahkan soal perkahwinannya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya