Pusat Ulul Albab UPSI anjur kursus Modul QEI - Utusan Malaysia

Pusat Ulul Albab UPSI anjur kursus Modul QEI

Ahli Jawatankuasa program bergambar dengan para peserta dan fasilitator dalam majlis Penutupan Kursus Modul QEI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pusat Ulul Albab (PUA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Kelab Sahabat Ulul Albab (KeSUA) menganjurkan program Kursus Modul Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik (QEI) yang disertai semua ahli Kelab Sahabat Ulul Albab daripada Kohort Empat hingga Kohort Tujuh, baru-baru ini.

Yang Dipertua KeSUA, Muhammad Sobirin Jailani berkata, seramai 96 orang mengikuti Kursus Modul QEI yang berlangsung selama dua hari itu.

Katanya, kursus terbahagi kepada beberapa kategori mengikut elemen-elemen Ulul Albab iaitu Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik (QEI) dan dbantu oleh 25 fasilitator terdiri daripada barisan alumni Kelab Sahabat Ulul Albab.

“Kursus secara maya ini bertujuan memberi gambaran serta kefahaman yang lebih jelas kepada peserta mengenai elemen-elemen yang terdapat dalam QEI Ulul Albab,” katanya.

Kursus itu melibatkan perkongsian oleh Ketua Talent Pool PUA setiap elemen Ulul Albab iaitu Mohamad Khairul Azman (Quranik), Dr. Maria Shu Hong Bee (Ensiklopedik) dan Prof. Madya Dr. Che Ghani (Ijtihadik).

Pengarah PUA, Prof. Dr. Abdul Halim Ali turut memberi pendedahan lebih mendalam mengenai elemen-elemen Ulul Albab dan memberi motivasi kepada peserta sebagai iktibar bagi meningkatkan semangat peserta.

“Kursus Modul QEI ini adalah satu wadah yang amat baik dalam kita menyebarkan kebaikan dengan insan yang lain, malah setiap apa yang kita lakukan dalam urusan seharian mestilah ikhlas daripada hati,” tambahnya lagi.

Sementara itu bekas Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UPSI, Faiz Farhan berkongsi tajuk How To Be A Good Presenter yang membicarakan enam tips penyampaian yang berkesan.

Kursus diakhiri dengan perbincangan dan pembentangan modul daripada para peserta dengan bimbingan wakil fasilitator modul.

Peserta membentangkan modul mengikut tajuk masing-masing dengan membincangkan penambahbaikan untuk kegunaan modul dalam program-program Ulul Albab yang akan datang.

Penasihat KeSUA, Norhayati Aziz berkata, melalui pelaksanaan Kursus Modul QEI diharap peserta dapat mengendalikan dan menyampaikan modul yang dipelajari dengan baik untuk dikongsikan kepada masyarakat luar sekali gus meneruskan perjuangan Generasi Ulul Albab dalam menyebarkan kebaikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya