PGL dipentaskan semula tahun depan - Utusan Malaysia

PGL dipentaskan semula tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penerbit tersohor, Puan Seri Tiara Jacquelina mendedahkan bahawa dia akan mementaskan semula naskhah agung Puteri Gunung Ledang (PGL) sekitar tahun hadapan.

Perkembangan itu dikongsikan Tiara ketika tampil sebagai tetamu bagi sesi bual bicara, Aku Pelakon Terbaik yang diadakan secara langsung di laman Instagram Wartawan Hiburan Malaysia semalam.

“Sekitar pertengahan tahun. Semua yang pegang tiket menanti, tak mahu refund.

“InsyaAllah, Istana Budaya.

“Alang-alang, kami nak audition semula, supaya dapat yang terbaik untuk watak, semua karakter,” katanya.

Apabila diminta mengulas lanjut berhubung perkembangan berkenaan, pelakon filem Ringgit Kasorrga itu meminta agar semua peminat menunggu pengumuman rasmi bagi pementasan tersebut.

“Puteri sudah jumpa… tetapi, InsyaAllah nanti announcement dia.

“Saya tak sabar, nak arahkan versi baharu.

“Puteri itu sebahagian diri saya. Saya kenal bau, gerak tubuh, cara fikir dan saya mahu ia menjadi versi yang lebih baik,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.