Michael Strahan bakal ke angkasa lepas - Utusan Malaysia

Michael Strahan bakal ke angkasa lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Bagai mimpi jadi kenyataan, pengacara Good Morning America (GMA), Michael Strahan bakal terbang ke angkasa lepas pada bulan hadapan.

Lapor abcnews, Strahan, 49, yang menyertai anak sulung kepada angkasawan Alan Shepard, Laura Shepard Churchley bakal ke angkasa lepas pada 9 Disember depan.

Keduanya yang menaiki kapal angkasa bernama New Shepard, juga bakal disertai empat penumpang berbayar.

Penerbangan tersebut, yang dikendalikan syarikat milik jutawan Jeff Bezos, The Blue Origin bakal menjadi yang ketiga selepas dua yang dilancarkan sebelum ini.

Blue Origin bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah bayaran yang dibuat empat penumpang berkenaan untuk menyertai penerbangan tersebut.

Penerbangan yang mengambil masa 10 minit itu akan berlepas dari Texas, Amerika Syarikat.

Strahan yang juga bekas atlet pasukan ragbi New York Giants ketika mengacarakan GMA sebelum ini pernah mengwar-warkan tentang penerbangan sulung yang dikendalikan Blue Origin.

“Saya mahu ke angkasa lepas. Sampai ke sana menerusi penerbangan sulung adalah satu perkara yang menakjubkan,” katanya.

Sebelum ini, dua penerbangan berasingan yang membawa Bezos dan bintang Star Trek, William Shatner dilancarkan sekitar Julai lalu.

Shartner mencipta sejarah selepas menjadi individu tertua yang berjaya pergi ke angkasa lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya