Meluat ke? Tak baik - Utusan Malaysia

Meluat ke? Tak baik

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tersenyum sinis Poklip bila mendengar cerita yang satu ini. Poklip tak berapa kenal dengan pasangan selebriti ini tetapi rupa-rupanya dengar cerita, ramai yang meluat melihat kemesraan mereka di media sosial.

Kalau kata baru berkahwin, rasanya sudah lama bernikah. Tetapi lagak manja dan mesra itu macam baru dua hari berkahwin. Makin lama makin jelik pula melihat. Tak padan dengan status selebriti itu.

Itu bukan Poklip cakap tau. Itu dakwaan sumber yang riuh bercerita hari itu. Katanya, dia tidak kisah melihat kemesraan pasangan selebriti lain dia media sosial. Tetapi kalau yang satu ini, meluatlah.

Poklip hanya tergelak dan sempat menasihat. Jangan busuk hati sangat. Biarlah mereka nak kongsi kemanjaan. Apa salahnya. Walaupun sebelum berkahwin bukan main menafikan hubungan tetapi biarlah mereka.

Kalau tak suka, berhenti mengikuti mereka. Senang cerita. Bukan apa, kita sendiri yang kawal hati dan perasaan. Kalau rasa tidak suka melihat kandungan sesiapa di media sosial, butang unfollow kan ada.

Siap boleh sekat lagi tau. Kalau takut kantoi mute sahaja. Banyak cara untuk kita tidak mudah benci, meluat atau jelik melihat kandungan media sosial sesiapa.

Poklip pun selalu mempraktikkan kaedah itu. Ada sahaja individu tidak kira sahabat atau selebriti yang memuat naik kandungan minta maki. Tetapi Poklip tak mahu serabut otak dan berhati jahat.

Lebih baik kita jaga hati dan minda kita daripada terus-menerus menyalahkan orang lain. Dalam pada masa sama, belum tentu orang di luar sana senang melihat kandungan media sosial kita juga tau.

Hello, depan boleh senyum-senyum belakang? Siapa tahu mengata kita. Ala, ada sahaja yang berperangai begitu tau!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya