Makan beralas tong kitar semula, warganet pertahankan Aaron Aziz - Utusan Malaysia

Makan beralas tong kitar semula, warganet pertahankan Aaron Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Terpaksa menjamah bungkusan makanan tengah hari beralaskan tong kitar semula yang dijadikan sebagai meja, aktor terkenal, Datuk Aaron Aziz, meraih simpati peminat dan pengikutnya di media sosial.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku baru-baru ini, Aaron menerusi satu hantaran video ringkas yang dikongsikan di akaun Instagramnya dilihat sedang makan bungkusan nasi beralaskan tong kitar semula berwarna kuning dan duduk di lantai, di laluan studio rakaman sebuah stesen televisyen.

“Abang tak salahkan siapa-siapa. Mungkin pasukan baru. Yang lain ada nama dan bilik disediakan.

“Tak apalah, biar orang buat kita. Jangan kita buat orang ya. Mustahil tak tahu abang dijemput,” katanya menerusi ruangan kapsyen bersama video ringkas tersebut.

Selain itu, Aaron juga menulis tanda pagar di ruangan yang sama dengan antaranya berbunyi ‘hadapi dengan senyuman’, ‘Abang sedar abang suam-suam kuku’, ‘cuma bergurau’ dan ‘jangan terasa pula’.

Video itu dipercayai telah dirakamkan ketika Aaron terlibat dan dijemput untuk menjayakan sebuah sidang media secara virtual di sebuah stesen televisyen baru-baru ini.

Menerusi perkongsian Aaron itu, ada antara rakan-rakan selebriti juga meninggalkan komen di ruangan selain rata-ratanya terkejut mengapa aktor itu menerima layanan seperti itu.

“Tak mungkin..abang Aaron kot. Tak akanlah tak kenal kot? Sedih!”tulis Raja Ilya.

“Tak patut,” tulis Nabila Huda.

“Bro, serius lah?” tulis Afdlin Shauki.

Selain itu, antara rakan-rakan lain yang meninggalkan komen ialah pelakon Shah Iskandar, Shima Anuar, Salina Saibi, Sufie Rashid dan isteri Aaron sendiri, Diyana Halik.

Bagaimanapun, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, tiada satu komen yang dibalas oleh pelakon yang popular dengan watak Malik dalam filem KL Gangster ini di ruangan tersebut, dipercayai kerana enggan memanjangkan isu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya