PETALING JAYA: Usahawan kontroversi, Nur Sajat memaklumkan dirinya akan memfokuskan untuk menceburi bidang perniagaan di Australia, selepas ini.
Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu Makhluk Penggoda itu berkongsi perkhabaran tersebut di Instastory miliknya tanda memberitahu perkembangannya di sana.
“Lepas ini kamu semua saksikan Sajat ya.
“Beraksi dalam dunia perniagaan di bumi Austalia,” katanya di Instastory.
Dalam pada itu, para peminatnya turut mendoakan agar usahawan berkenaan berjaya dalam bidang perniagaan di bumi kangaru tersebut, menerusi tangkap layar yang dikongsinya di Instastory.
“Selamat maju jaya sis,” balas seorang peminatnya di pesanan mesej.
“Sajat, saya doakan agar awak berjaya dan urusan dipermudahkan,” balas lagi seorang peminatnya.
Umum mengetahui, Nur Sajat kini telah menetap di Australia selepas ‘lari’ daripada diburu pihak berkuasa Malaysia.
Kemudian, usahawan sensasi itu kerap bersiaran langsung di platform media sosial TikTok dan Instagram untuk berkongsi pengalamannya bergelar penduduk tetap di negara tersebut.