Hukum sambut Halloween haram - PU Syed - Utusan Malaysia

Hukum sambut Halloween haram – PU Syed

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penceramah bebas dan Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri menegur segelintir umat Islam di negara ini yang dilihat terikut-ikut dengan budaya menyambut pesta Halloween sehingga gemar menggayakan kostum-kostum tertentu.

Malah, ia termasuk segelintir artis dan selebriti yang dilihat tidak segan memuat naik perkongsian seperti itu untuk tatapan orang ramai di media sosial.

Tidak menolak bahawa dia menerima banyak pertanyaan mengenai hukum meraikan perayaan Halloween, PU Syed menjelaskan ia adalah haram bagi umat Islam.

“Hukum menyambut Halloween atau berpakaian dan sebagainya bagi umat Islam adalah haram, kerana terdapat unsur-unsur tasyabbuh yang tidak dibenarkan di dalam Islam.

“Mudah-mudahan dengan pencerahan ini, dapat memberikan faedah dan manfaat dalam beragama dan diharapkan anak-anak muda kita dapat menghindarkan diri dari terjebak ke dalam kancah maksiat ini. Wallahu a’lam,”katanya.

Perkara itu dikongsikan olehnya dalam satu hantaran yang dibuat di Instagram semalam bagi membantu menjelaskan situasi tersebut kepada pengikutnya yang bertanya di media sosial.

Selain itu, menerusi hantaran yang dibuat, tinjauan Utusan Malaysia mendapati ramai kalangan warganet menyambut baik penjelasan tersebut termasuk meluahkan rasa sedih melihat perbuatan mereka yang meraikan perayaan itu tanpa segan silu.

Perkongsian PU Syed itu juga meninggalkan warganet dengan pandangan masing-masing termasuk umat Islam hari ini yang dilihat semakin ramai terikut-ikut budaya barat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya