“Hidup perlu jalan terus, yang tinggal hanyalah memori indah…” -Bapa Siti Sarah titip kerinduan buat arwah - Utusan Malaysia

“Hidup perlu jalan terus, yang tinggal hanyalah memori indah…” -Bapa Siti Sarah titip kerinduan buat arwah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon veteran dan bapa kepada Allahyarham Siti Sarah, Raissuddin, masih berasa sugul dengan kehilangan anak perempuan kesayangannya akibat virus Covid-19, pada 9 Ogos lalu.

Menerusi entri Instagram, satu hantaran ketika majlis tahlil 100 hari Allahyarhamah yang memaparkan pelakon itu, tampil dengan kapsyen yang menyentuh hati.

Menerusi coretan tersebut, perasaan bercampur baur seorang ayah apabila berada di pusara anak tercintanya, ketika ingin menaikkan batu nisan sebelum majlis tahlil tersebut berlangsung.

“Sedar tak sedar, genap 100 hari pemergian anak perempuan tersayang. Sebelum berlangsungnya majlis tahlil, pagi itu abahnya ke pusara untuk menaikkan batu nisan di kubur anaknya.

“Perasaannya? Hanya Allah sahaja yang tahu. Tanyalah semua manusia bergelar ibu bapa, apakah kehilangan paling perit untuk mereka? Pastinya kehilangan anak yang dicintai,” tulisnya di Instagram.

Mengulas lanjut, walaupun telah kehilangan permata yang ditatang penuh kasih sayang buat selamanya, namun segala memori indah kekal menjadi kenangan.

“Jika boleh berganti nyawa, ibu bapa pasti mahu pergi dahulu sebelum anak. Tetapi, siapa kita untuk melawan takdir? Semua rahsia Allah.

“Hidup perlu berjalan terus, yang tinggal hanyalah memori indah kekal menjadi kenangan sampai bila-bila. Al-Fatihah Siti Sarah Raissuddin,” coretnya panjang.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis turut menzahirkan rasa duka dan merindui arwah selain mendoakan penyanyi tersebut agar ditempatkan di kalangan orang beriman.

Sekadar informasi, Allahyarhamah meninggalkan suaminya yang juga pelawak, Shuib dan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin serta Ayash Affan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya