“Belajarlah memahami, bukan menghakimi. Rosak jiwa saya” -Elyana Emrizal - Utusan Malaysia

“Belajarlah memahami, bukan menghakimi. Rosak jiwa saya” -Elyana Emrizal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan pesakit kanser limfoma tahap empat, Elyana Emrizal, tampil meluahkan perasaannya susulan ujian yang terpaksa dihadapinya, pada waktu ini.

Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu popular Kalis Rindu memuat naik satu perkongsian gambar figuranya bersandar lemah di sofa, dengan mencoretkan luahan perasaan yang terbuku di hati.

Kongsi Elyana, pelbagai inisatif yang telah dilakukan sebelum ini untuk kembali sembuh daripada penyakit kanser berkenaan.

“Saya sudah sakit lebih 10 tahun. Lebih 20 kali melakukan kemoterapi dan lebih 30 kali radioterapi. Apa yang saya tidak pernah lakukan? Diet? Pantang? Makan ubat? Rebus daun? Benda yang anda tidak terfikir pun saya makan.

“Macam-macam saya rasa, telah juga untuk sihat. Tidak makan selama setahun pun pernah kerana tiada selera. Berubat semua ceruk orang beritahu, saya sudah pergi,” kongsinya di Instagram.

Mengulas lanjut, bintang itu hanya meminta sokongan ikhlas buat dirinya untuk melawan kesakitan yang dihidapi, bukan menghakimi sehingga merosakkan jiwanya.

“Jika kamu jadi saya, baru akan faham keadaan ini. Tiada gunanya jika saya menerangkan selagi kamu tidak merasainya sendiri.

“Beza jika kita ini pernah jaga orang yang sakit, dengan kita sendiri yang mengalami dan berperang dengan sakit.

“Jika anda ingin membantu, belajarlah memahami. Bukan menghakimi menerusi komen. Rosak jiwa saya. Saya sudah buat sebaik mungkin yang mampu untuk 10 tahun ini,” luahnya.

Tambahnya lagi, dia mengakui bukan mudah untuk menjaga diri sendiri malah menjaga orang lain, ketika keadaannya sebegini.

“Tiada yang bantu untuk menjaga saya. Malah, saya yang harus menjaga orang lain. Saya tidak mengadu cuma nak beritahu. Saya manusia biasa. Nak menjaga diri sendiri pun tiada masa.

“Tak campur lagi tiada selera makan, mulut penuh ulser, demam tidak menentu, saraf seluruh badan sakit, susah berjalan serta tidak boleh minum air walaupun air liur pun sakit.

“Nak menjaga keluarga, nak mencari wang. Berfikir, tidak boleh tidur. Ingin selalu tersenyum depan anda. Berat, terlalu berat. Kamu tidak akan dapat memahami selagi tidak pernah merasainya sendiri,” coretnya panjang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya