“Tiada gejala Covid-19 lain” - Anak Nazrief Nazri demam - Utusan Malaysia

“Tiada gejala Covid-19 lain” – Anak Nazrief Nazri demam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nazrief Nazri memaklumkan keadaan kesihatan cahaya matanya, Noah hanya demam biasa sahaja.

Ketika dihubungi Utusan Malaysia bagi mendapatkan perkembangan terbaharu, Nazrief memaklumkan keputusan mendapati Noah tiada gejala lain selepas mendapatkan penilaian Covid-19.

“Doktor hanya berikan ubat demam memandangkan tiada gejala lain selain demam. Selain itu, Noah juga tidak perlu ke hospital. Hanya pantau dari rumah sahaja,” ujarnya.

Terdahulu pelakon Utusan Cinta Buat Adam yang berkongsi berita menyedihkan itu di Instagramnya.

Jelasnya, disebabkan keadaan tersebut dia terus pergi ke pusat penilaian Covid-19 (CAC).

“Sepatutnya hari ini, hari yang gembira buat kami, 30 September hari akhir kami menjalani kuarantin kendiri di rumah.

“Manakala baby Noah pun Alhamdulilah tiada tunjuk gejala yang ketara. Tapi sejak semalam Noah demam dengan suhu tinggi.

“Kami risau dan sekarang kami dekat CAC tengah tunggu keputusan sama ada Noah perlu ke hospital atau pun tidak, harapnya tidaklah,” tulisnya di IG.

Selain itu menerusi perkongsian hantaran sama, Nazrief memohon orang ramai mendoakan keadaan kesihatan Noah yang berusia dua bulan semoga cepat sembuh.

“Cuma minta semua yang membaca hantaran ini mendoakan bayi cepat sihat.
Sumpah tidak kuat,” luahnya.

Nazrief dan isteri berkahwin pada 15 November 2019 dan menimang cahaya mata sulung mereka pada 19 Julai lalu di sebuah pusat perubatan di Putrajaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya