Sesungguhnya arwah tahu akan kehadiran kita - Jasmin Hamid - Utusan Malaysia

Sesungguhnya arwah tahu akan kehadiran kita – Jasmin Hamid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setelah lama tidak berkunjung ke kubur arwah ibu dan bapa, pelakon Jasmin Hamid meluahkan rasa syukur kerana sekali lagi berpeluang berbuat demikian apabila kerajaan mula membenarkan orang ramai untuk melakukan aktiviti tersebut ketika musim pandemik ini.

Jasmin berkata, aktiviti itu menjadi rutin yang telah lama ditinggalkan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan untuk membendung Covid-19.

“Syukur kepada Allah. Dengan izinnya, saya dapat ziarah kubur arwah mama dan baba saya setelah sekian lama tak dapat ziarah kerana PKP.

“Walaupun doa yang tak pernah putus buat kedua arwah ibu bapa saya tapi saat dapat menziarah kubur orang tersayang teramatlah nikmat dan bahagia.

“Sesungguhnya arwah tahu akan kehadiran kita saat menziarah mereka,” tulisnya di Instagram.

Namun, Jasmin tertanya-tanya mengapa masih tidak ramai yang mengambil peluang untuk menziarahi kubur sedangkan aktiviti tersebut sudah mula dibenarkan.

“Kenapa tak ada orang yang datang menziarah pusara? Sedangkan masa itu adalah hujung minggu.

“Bukan semua orang kerja hujung minggu dan tinggal di luar daerah.

“Padahal masa PKP hari itu, ramai yang complaint (merungut) kenapa tutup kawasan kubur, marah tak dapat ziarah kubur dan sampai ada yang kena saman sebab ziarah kubur masa PKP,” tambahnya.

Dalam pada itu, pelakon 7 Hari Mencintaiku 2 ini turut berkongsi pesanan neneknya agar mengutamakan masa bersama keluarga selagi masih hidup.

“Saya sentiasa ingat pesan opah saya, selagi kita hidup, kerja tak akan pernah habis dan sibuk kerja bukanlah alasan yang boleh dipakai untuk kita abaikan masa untuk bersama orang tersayang.

“Kita sendiri yang kena tentukan masa itu selagi Allah masih pinjamkan nafas buat kita,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN