"Saya bimbang, sedih..." - Ara Johari - Utusan Malaysia

“Saya bimbang, sedih…” – Ara Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Ara Johari mengakui ketika pandemik ini, wujud perasaan kebimbangan dan sedih dalam dirinya.

Jelas penyanyi Warkah Untukmu dan Paku itu, ekonominya sama seperti orang lain yang terjejas kerana tiada persembahan pentas sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 dan 2.

“Sejujurnya semua orang akan sedih dan kebanyakan kita kerja dari rumah sahaja. Saya sendiri tidak boleh show luar malah dari rumah.

“Tetapi, Alhamdulillah masih ada kedai makan yang beroperasi. Jadi masih mampu tampung untuk komitmen ke depan jika kurang aktiviti persembahan menerusi maya.

“Hendak kata terlampau sedih tidak juga, syukur ada pendapatan sendiri lagi dan tidak rasa terbeban untuk hadapi kehidupan dalam pandemik ini,” jelas Ara.

Ara atau nama penuhnya Nurfarrah Izzatie Johari, 24, berkata demikian pada sidang media pelancaran muzik video lagu terbaharunya berjudul, Keliru duet bersama penyanyi rap remaja, Lil-J.

Menyentuh mengenai penampilan menerusi muzik video lagu berkenaan, Ara mengakui dia sedang cuba untuk menyesuaikan dengan imej segar.

“Di kesempatan ini saya berterima kasih kepada team produksi yang mengubah imej saya dengan lebih stail.

“Saya suka dan tengah belajar lagi ke arah imej lebih baik. Saya nak tambah nilai pada diri dengan lebih segar,” ujarnya.

Sebagai informasi, lagu ciptaan komposer Malique, Siqma dan Muhaimin yang diterbitkan bersama Rocketfuel Entertainmnet Sdn Bhd, berkisarkan tentang kehilangan seseorang yang amat penting dalam hidup kita dan mengapa mereka hilang dari pandangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.