Rudy Zil tiada dendam - Utusan Malaysia

Rudy Zil tiada dendam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUDAH buat persembahan, tetapi sampai sekarang bayaran tidak dilunaskan. itu antara pengalaman pendatang baharu, Mohd. Fadzil Madi (Rudy Zil).

Pun begitu, dia menjadikan pengalaman tersebut sebagai pengajaran dan mahu jalan terus dan fokus kepada potensinya dalam industri hiburan.

“Itu adalah antara pengalaman perit ketika mula menapak dalam industri. Namun begitu, saya tidak mahu panjangkan cerita jadi saya biarkan sahaja perkara itu berlalu,” katanya yang berusia 31 tahun itu.

Selain berkongsi pengalaman pahitnya, Rudy turut menceritakan pengalaman manisnya semasa menyertai program Bengkel Hakcipta, Bikin Lagu dan Video Muzik anjuran Luncai Emas pada 2017.

Jelasnya, menerusi program itu dia lebih faham akan kepentingan hak cipta sesebuah lagu selain banyak belajar tentang selok belok dalam menjaga tata tertib sebagai seorang anak seni.

“Bengkel itu mendedahkan kepada penggiat seni tentang kesedaran dan kepentingan hakcipta dalam karya-karya, perkongsian tips dan cara membuat lagu hits oleh Datuk M.Nasir serta pembuatan video muzik dengan menggunakan telefon bimbit.

“Menerusi bengkel yang dianjurkan di Dewan JKKN Kota Kinabalu, Sabah ketika itu, saya berpeluang ketengahkan lagu-lagu ciptaan saya sebelum ini untuk ditadbir dan diuruskan secara digital oleh Luncai Emas.

“Pada 2014, saya mengeluarkan beberapa single dan mendaftarkan hak cipta lagu-lagu itu kepada syarikat Luncai Emas.

“Antara lagu-lagu tersebut adalah Jahatnya Kamu, Dan Ku Sayang-Sayang, Lagu Perpisahan dan Macam Comel Jer,” kata anak kelahiran Sabah itu.

Ceritanya lagi, sebelum ini dia tidak pernah mendapat royalti setelah mengeluarkan lagu tetapi dengan Luncai Emas dia akhirnya dapat menikmati manfaat sebagai seorang penyanyi.

Pada Julai lalu, Rudy Zil menerbitkan single terbaharunya berjudul Jaga Dirimu yang ditulis sepenuhnya.

Ujarnya, lagu itu mengisahkan tentang merelakan perpisahan dan memberi pesanan untuk tetap jaga diri dengan baik.

“Lagu tersebut ditulis sejak 2011 namun liriknya baru siap pada 2021. Lagu itu mengambil masa sehingga empat bulan untuk siap sepenuhnya akibat sekatan pergerakan yang dilaksanakan dan ia seterusnya diterbitkan oleh Benn’s Studio.

“Single itu boleh didengari di semua saluran digital dan laman YouTube Luncai Emas,” kata anak sulung daripada empat beradik ini.

justeru, Rudy Zil berharap karya-karyanya dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat umur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.