Projek Langkah Baru bantu beri kesedaran hak bakat sedia ada - Utusan Malaysia

Projek Langkah Baru bantu beri kesedaran hak bakat sedia ada

PROJEK Langkah Baru tampilkan tujuh mentor dari pelbagai latar belakang seni untuk membantu empat peserta terpilih dalam mengembangkan bakat di persada seni muzik tanah air.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Projek Langkah Baru mula dicetuskan oleh produser muzik terkenal, Taja Mustapha dan penasihat hak cipta, Kimmy Khir, pada Disember lalu, apabila menyedari ramai bakat sedia kurang kesedaran dan pengetahuan bahawa karya lagu hasil intelek mampu menjadi legasi serta menjana pendapatan menerusi royalti.

Sehubugan itu, mereka telah menetapkan misi untuk mencari bakat-bakat yang sedia ada di persada muzik tetapi masih belum mencapai status pihak yang berkepentingan (stakeholder) dengan syarikat rakaman, penstriminan digital muzik, badan hak cipta serta badan pelesenan.

Selanjutnya, projek berkenaan juga adalah suatu solusi bagi membantu mereka menggapai cita-cita dan impian menjadi penulis lagu serta penyanyi tetapi pada masa sama, mereka yang terpilih dapat memahami selok-belok industri muzik dan mengetahui hak-hak terhadap pemilikan harta intelek mereka.

Menurut Kimmy, dia mengambil inisiatif untuk mewujudkan program ini kerana menyedari segelintir anak seni masih kurang pengetahuan hak mereka dalam industri muzik.

“Bila sudah lama dalam dunia industri seni muzik ini, kita dapati ramai rakan-rakan tidak mengetahui hak mereka serta rasa terpinggir malah dibuli dalam industri ini.

“Sebenarnya ini idea tanggungawab sosial korporat (CSR) kami kepada rakan-rakan semula, jadi kami bersama dengan idea untuk melakukan projek ini. Tidak perlu dana yang besar, janji kita dapat membantu semula industri muzik pada waktu ini.

“Seterusnya, segelintir daripada mereka juga tidak mengetahui hak. Justeru itu, inilah bermulanya Langkah baru ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, dia mengharapkan projek berkenaan dapat dijadikan sebuah garis panduan untuk kegunaan setiap bakat yang mahu menceburi industri muzik untuk menjana pendapatan secara profesional dan memahami hak, kepentingan karya serta harta intelek.

Sebagai informasi, projek berkonsep program edutainment ini memfokuskan pembangunan bakat dan pembinaan rangkaian di dalam industri muzik Malaysia ini juga adalah inisiatif bersama rakan-rakan karyawan seni lain seperti Adi Priyo Sambodo@Adi 6ixthsense, Alyph , Prashan Chitty, Joe Lee serta Liza Ramli.

Kemudian, program ini telah dimulakan dengan proses uji bakat di seluruh Malaysia untuk mencari calon-calon bakat yang sesuai menerusi video penyertaan yang dihantar dan melalui beberapa saringan mengikut kesesuaian yang dicari berdasarkan misi mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya