Pentingnya lindungi imunisasi anak-anak - Utusan Malaysia

Pentingnya lindungi imunisasi anak-anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Syarikat bumiputera sepenuhnya, Eskayvie Sdn Bhd yang menjadi peneraju dalam penghasilan suplemen kesihatan tempatan mengorak langkah melancarkan produk vitamin terbarunya, Diffenz Junior demi memberi perlindungan imunisasi kepada golongan kanak-kanak.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri, penghasilan produk berkenaan juga dilihat bertepatan dengan situasi pandemik semasa COVID-19 menuju endemik.

“Diffenz Junior menjadi inovasi terbaru kami bagi membantu ibu bapa untuk memberi perlindungan terbaik bagi kanak-kanak di musim pandemik ini.

“Dalam keadaan sekarang, sistem imun yang baik adalah sangat penting dan Eskayvie sentiasa berusaha memberikan sokongan diperlukan untuk setiap peringkat umur,” katanya.

Dr Syid berkata demikian semasa ditemui di majlis pelancaran yang diadakan di Hotel St Regis, di ibu kota hari ini.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi.

Selain itu, katanya, walaupun negara telah mencapai status vaksinasi lengkap sebanyak 94.6 peratus bagi individu dewasa, bagaimanapun anak-anak di bawah usia 12 tahun masih belum mendapat perlindungan sepenuhnya.

“Justeru mereka berisiko serta sangat terdedah kepada jangkitan kuman dan virus. Diffenz Junior dihasilkan bagi melengkapi keperluan itu.

“Tabiat pemakanan yang tidak seimbang selain kurang melakukan aktiviti riadah di luar rumah disebabkan pandemik, menyebabkan mereka cenderung mengalami sistem imun yang lemah,” katanya lagi.

Dr Syid Ayob berkata, pihaknya memahami kerisauan ibu bapa tentang keselamatan anak-anak di bawah usia 12 tahun yang masih belum mendapat suntikan vaksin.

“Gabungan ramuan kaya antioksidan, vitamin dan flavonoid semulajadi ini mampu memberi perlindungan terbaik kepada kanak-kanak.

“Tablet kunyahan perisa oren yang enak ini bukan saja untuk menyokong sistem imun, malah turut membantu tumbesaran anak dan seterusnya menjadikan mereka kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed menambah pelbagai aktiviti pemasaran dan jualan telah dirangka sepanjang Oktober dan November ini.

“Ia untuk memberi kesedaran kepada pentingnya penjagaan sistem imun untuk seisi keluarga terutamanya kanak-kanak.

“Selaras dengan visi Memperkasakan Kesihatan dan Ekonomi Ummah, Eskayvie mensasarkan jualan sebanyak RM300 juta pada tahun 2022.

“Eskayvie sangat jelas dengan misi untuk membantu lebih 50,000 usahawan Eskayvie Nexus di seluruh Malaysia pada 2022 bagi mencapai matlamat kewangan yang lebih baik,” katanya.

Pada majlis tersebut juga, diadakan penyampaian anugerah bagi menghargai usahawan Eskayvie Nexus di atas pencapaian cemerlang dan luar biasa mereka sepanjang 2021.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Diffenz Junior ini, layari laman sesawang www.eskayvie.com atau pautan media sosial berikut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya