"Ini usaha menjadikan industri kita lebih selamat dan beretika." - Utusan Malaysia

“Ini usaha menjadikan industri kita lebih selamat dan beretika.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 29 syarikat, 50 penggiat filem, televisyen, anggota gabungan serta penerbit mengadakan inisiatif untuk berikrar menyokong satu Tatakelakuan bagi menjaga integriti industri hiburan tanah air.

Kerjasama Integrated Malaysian Actors Network (IMAN) dan Persatuan Penerbit Filem Iklan Malaysia (PPFIM) berikrar menyokong inisiatif tersebut yang meliputi hal-hal diskriminasi, gangguan serta buli.

Menurut kenyataan, sehubungan dengan satu kejadian biadab dan memberikan pengaruh buruk yang tersiar baru-baru ini, yang turut menunjukkan ketidakpekaan dan kehilangan sikap hormat menghormati.

Oleh hal demikian, beberapa individu daripada industri telah bersama-sama berikrar untuk memberikan komitmen bagi menghormati hak-hak dan kesejahteraan emosi setiap warga industri selain turut mengiktiraf kepelbagaian budaya serta identiti rakyat Malaysia.

Pelakon terkenal, Bront Palarae turut terbabit dalam gerakan ikrar Tatakelakuan itu berkata, inisiatif terbabit adalah permulaan untuk memperbaiki semula industri seni serta memastikan agar lebih beretika dan selamat.

“Rasa marah dan kecewa semua sudah tersedia maklum serta terpampang di media sosial. Apa yang lebih penting kita gunakan isu ini untuk memperbaiki industri buat masa akan datang.

“Piagam yang diadaptasi daripada ‘Code of Conducts and Standard Practice’ anjuran Five Arts Centre ini menjadi titik permulaan dalam usaha kita menjadikan industri kita lebih selamat dan beretika.

“Kita berharap agar Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan persatuan-persatuan lain dalam industri memberi sokongan dan bersama kami menjayakan usaha ini,” katanya.

Selain Bront, pelakon Datin Lisa Surihani, Jihan Miskin, Sofia Jane serta Nadia Nisaa turut terbabit dengan ikrar tersebut.

Dalam pada itu, mereka berikrar menggalakkan tindakan dan kelakuan khusus dalam setiap urusan professional dan syarikat.

Selain ke arah memastikan pekerja profesinal industri hiburan menunjukkan integrity, sikap saling menghormati serta tingkah laku yang sopan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya