Ed Sheeran positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Ed Sheeran positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan komposer popular, Edward Christopher atau Ed Sheeran membuat pengakuan bahawa dia telah disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menjalani tempoh kuarantin sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan British.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh penyanyi yang popular dengan lagu Shape of You itu menerusi satu hantaran yang dibuat di akaun Instagramnya semalam.

“Hai semua. Ini adalah satu catatan ringkas untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa saya dengan malangnya disahkan dijangkiti wabak Covid-19. Jadi kini saya sedang mengasingkan diri mengikut saranan kerajaan.

“Ia juga bermakna, saya tidak dapat meneruskan sebarang komitmen dengan semua orang buat masa sekarang. Jadi, saya akan dapat menjalani sebarang perancangan untuk ditemu bual atau mengadakan persembahan cuma dari rumah sahaja.

“Saya mohon maaf kepada semua seandainya telah membuatkan anda semua kecewa. Kekal selamat semuanya ya,”katanya.

Difahamkan, menerusi laporan E Online, Ed mempunyai beberapa perancangan persembahan sehingga November nanti.

Antaranya termasuk rakaman untuk program The Voice musim ke-21 semalam dan seterusnya menerusi program Saturday Night Live, pada 6 November 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya