"Boleh tak jangan menyibuk? Jangan ganggu kita" - Nur Sajat - Utusan Malaysia

“Boleh tak jangan menyibuk? Jangan ganggu kita” – Nur Sajat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usahawan sensasi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat berang dengan tindakan netizen yang mengecamnya di media sosial.

Menerusi Instastorynya, Sajat berkata dia keliru dengan netizen yang masih taksub mengkritiknya sedangkan dia kini bukan berada di Malaysia, sebaliknya luar negara.

“Engkau orang memang tak boleh tengok orang senang. Kan sudah kata Australia adalah free country, kenapa engkau orang masih nak kecam-kecam, macam seolah-olah aku duduk kat Malaysia.

“Boleh tak jangan menyibuk. Aku nak pakai apa, bikini ke, seluar pendek ke, tak pakai baju ke. Lepas itu, suka kaitkan aku dengan agama, itulah, inilah.

“Boleh tak hormat kami sebagai manusia. Macam tak boleh terima hakikat langsung. Macam engkau orang ini penasihat. Lemaslah! Sangkak,” luahnya.

Nur Sajat mengundang kecaman orang ramai selepas memuat naik beberapa keping gambarnya yang mendedahkan aurat dengan memakai pakaian mandi wanita.

Dalam masa yang sama, Nur sajat berulang kali menekankan dia kini bebas berbuat apa sahaja kerana sudah berada di luar negara.

Katanya, netizen tidak perlu membuang masa mengkritiknya dan membiarkan sahaja dia dengan kehidupannya di sana.

“Aku duduk dekat Australia tau. Tetap kena kecam. Biarlah aku nak pakai apa pun. Dekat sini lagi bebas, tahu tak? Nak pakai baju apa pun tak apa. Ada satu tempat itu kau memang boleh telanjang dan berbogel. Tak payah nak jakun sangat, duduk sahaja diam-diam dekat situ, tak payah nak menyemak.

“Bukan nak cakap besar ke apa, dah sekarang ini aku dekat Australia. Suka hati akulah nak buat apa pun. Nak pakai kain Batik ke, tak cukup kain ke. Memang sekarang ini aku nak pakai tak cukup kain sahaja. Aku kan transwoman, apa lagi engkau orang nak?

“Kita memang suka baju outfit of the day (OOTD), fesyen. Jangan ganggu kita. Kita bukan kat Malaysia, kat Australia. Cukup!,” katanya berang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya