Elon Musk dan Grimes berpisah - Utusan Malaysia

Elon Musk dan Grimes berpisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Selepas tiga tahun bersama, lelaki kedua terkaya dunia, Elon Musk akhirnya memutuskan untuk berpisah dengan kekasih yang juga penyanyi, Grimes.

Pengasas Tesla dan SpaceX itu bagaimanapun memberitahu New York Post bahawa hubungannya dan penyanyi asal Kanada itu masih baik.

Grimes atau nama sebenarnya Claire Elise Boucher masih tinggal di rumah Musk dan mereka bersepakat untuk membesarkan anak mereka, Baby X, 1, bersama-sama.

“Saya perlu sentiasa berada di Texas manakala dia perlu terus berada di Los Angeles untuk bekerja.

“Namun kami masih lagi tinggal bersama,” katanya.

Dalam pada itu, media tempatan sehingga kini gagal mendapatkan komen Grimes berkenaan perkara itu.

Musk, 50, memiliki enam cahaya mata menerusi perkahwinannya sebelum ini. Seorang daripadanya meninggal dunia sebaik sahaja dilahirkan.

Jutawan ini pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali. Satu daripadanya adalah bersama pelakon terkenal, Talulah Riley.

Manakala Grimes sebelum ini tidak pernah berkahwin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya