Rentetan isu pandemik yang tidak berkesudahan ketika ini, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Yayasan Pelajaran Mara (YPM) mengambil inisiatif mengedarkan bantuan set barangan makanan kepada 100 pelajar memerlukan. Bantuan itu pastinya melegakan pelajar yang tidak dapat pulang ke rumah masing-masing akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Difahamkan kitra-kira 1,000 pelajar sedang mengikuti pengajian di kampus UPM. Sumbangan bernilai RM10,000 itu disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif Yayasan…