Matthew Mindler meninggal dunia - Utusan Malaysia

Matthew Mindler meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pelakon remaja, Matthew Mindler, meninggal dunia pada usia 20 tahun.

Lapor portal Mirror, Mindler, yang pernah muncul sebagai pelakon cilik pada 2009 menerusi drama bersiri As the World Turns, Frequency and Chad: An American Boy ditemukan tidak bernyawa selepas dilaporkan hilang beberapa hari sebelum ini.

Kematian pelakon tersebut disahkan pihak Universiti Millersville, Pennsylvania menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan baru-baru ini.

“Duka cita dimaklumkan Matthew Mindler, pelajar tahun satu Universiti Millersville dari Hellertown, Pennsylvania telah meninggal dunia.

“Usaha mencarinya telah digerakkan sejak Khamis selepas Matthew dilaporkan hilang. Beliau ditemukan tidak bernyawa berdekatan Pekan Manor sekitar kampus pada pagi Sabtu, 28 Ogos.

Pihak universiti turut memaklumkan bahawa polis tidak mendedahkan punca kematian remaja tersebut.

Mindler dilaporkan hilang pada Rabu selepas dikesan tidak berada dalam biliknya pada Selasa.

Polis memberitahu bahawa remaja tersebut disahkan hadir ke kelas pada Isnin dan Selasa namun menghilangkan diri pada keesokan harinya.

Polis turut memberitahu media tempatan bahawa pelakon tersebut kali terakhir dilihat berjalan keluar dari biliknya sekitar pukul lapan malam hari Selasa dengan memakai baju putih dan berseluar jeans sambil membawa beg hitam.

Mindler semakin dikenali pada 2011 selepas membintangi filem My Idiot Brother bersama pelakon, Paul Rudd.

Berita kematiannya disusuli ucapan takziah dari para peminat yang mengikutinya di Twitter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.