Benarkan berduet dengan Aurel, Raul Lemos letak syarat kepada Kris Dayanti - Utusan Malaysia

Benarkan berduet dengan Aurel, Raul Lemos letak syarat kepada Kris Dayanti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Suami penyanyi Kris Dayanti, Raul Lemos meletakkan syarat sebelum membenarkan isterinya itu menyertai rakaman duet bersama Aurel Hermansyah.

Suara.com melaporkan, Raul membenarkan penyanyi itu berduet bersama Aurel Hermansyah yang merupakan anak Kris Dayanti bersama bekas suami yang juga penyanyi, Anang Hermansyah sekiranya penyanyi itu bersetuju untuk menjaga protokol kesihatan yang ketat.

“Okay Mimi minta izin abang, Raul Lemos dahulu ya.

“Esoknya tidak lama terus dijawab boleh tetapi syaratnya cuma satu, harus menjaga protokol kesihatan. Keadaanya semuanya perlu dijaga,” kata diva Indonesia itu.

Hubungan Kris Dayanti dengan anaknya itu semakin baik kebelakangan ini.

Sebelum ini mereka dikhabarkan renggang setelah Kris bercerai dengan Anang sekitar 12 tahun yang lalu.

Seolah menepis khabar angin tersebut, Kris Dayanti dilihat sering meluangkan masa bersama Aurel kebelakangan ini.

Dalam pada itu, suami Aurel, Atta Halilintar dihujani pujian netizen setelah dipercayai banyak membantu menyatukan kembali ibu dan anak tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya