“Terima kasih menyokong karier saya selama ini” - Giliran Deen pula tinggalkan Hot FM - Utusan Malaysia

“Terima kasih menyokong karier saya selama ini” – Giliran Deen pula tinggalkan Hot FM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyampai radio Hot FM, Deen, memaklumkan dia telah menerima notis penamatan servis sebagai penyampai radio selepas 10 tahun berkhidmat di stesen radio tersebut, hari ini.

Menerusi entri Instagram, dia memuat naik satu kenyataan media sosial ekoran menerima notis tujuh hari penamatan servis sebagai seorang penyampai radio pada 16 Julai lepas.

“Saya telah menerima tujuh hari penamatan servis bertarikh 16 Julai dan hari ini 23 Julai, merupakan hari terakhir saya memberikan servis sebagai seorang penyampai radio di Hot FM.

“Saya amat bersyukur dikurniakan rezeki selama 10 tahun bersama Hot FM dan kini sudah tiba masanya untuk stesen radio ini membuat pertukaran barisan penyampai yang sememangnya rutin normal bagi sebuah radio swasta.

“Selari dengan selera pendengar, permintaan pasaran, pelan perniagaan serta strategi kandungan,” katanya menerusi kenyataan.

Dalam pada itu, Deen turut menerima keputusan tersebut secara professional serta mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana memberi peluang untuk dia berkhidmat serta sentiasa menyokongnya.

“Saya menerima keputusan ini dengan professional dan ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga, seluruh kakitangan Hot FM, para wartawan, rakan-rakan serta peminat yang sentiasa menyokong karier saya selama ini,” ujarnya.

Katanya lagi, dia tidak menolak jika rezekinya pada masa akan datang sebagai penyampai radio di mana-mana stesen kerana baginya, itu adalah ‘passion’ yang ada dalam dirinya.

Sebelum ini, dua penyampai radio, Fizie dan Mark Adam, telah meninggalkan kerjayanya sebagai penyampai radio lebih awal di stesen radio berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.