REKAAN ringkas gabungan dua cincin berlian yang dijadikan satu memberi kelainan dan unik sesuai digayakan buat penggemar konsep minimalis. Koleksi DWA diperkenalkan oleh Habib Jewels (Habib) ini diilhamkan daripada perkataan ‘dua’, bagi memberi ilusi seperti memakai dua bentuk cincin. Pasti rambang mata untuk memilih kerana koleksi ini mempunyai sembilan rekaan yang diinspirasikan daripada pelbagai motif, antaranya galaksi bintang dan bulan, kerlipan di angkasa, flora dan fauna, lingkaran emas dan berlian…