Waspada dengan janji Yahudi - Utusan Malaysia

Waspada dengan janji Yahudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Setelah pihak Yahudi bersetuju untuk gencatan senjata pada 21 Mei lalu, tidak sampai 24 jam mereka menodai perjanjian itu dengan menyerang orang Islam di Masjid al-Aqsa beralaskan pelbagai alasan. Begitulah realiti di Palestin sekarang.

Itulah sikap sebenar orang Yahudi. Mereka adalah orang yang paling memusuhi orang Islam. Cukup dengan kita merujuk kepada al-Quran untuk mengenali sifat-sifat orang-orang Yahudi. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang Yahudi dan orang musyrik. (al-Maidah: 82)

Orang yang melanggar perjanjian ialah orang-orang kafir yang berjanji dan kemudian melanggar perjanjian yang mereka buat. Allah SWT menggambarkan mereka ialah seburuk-buruk makhluk. Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya sejahat-jahat (makhluk) yang melata di sisi (hukum dan ketetapan) Allah ialah orang-orang yang kafir (yang degil dengan kekufurannya). Sebab itu mereka tidak (mahu) beriman. (Iaitu) orang-orang yang engkau telah mengikat perjanjian setia dengan mereka, kemudian mereka mencabuli perjanjian setianya pada tiap-tiap kali, sedang mereka tidak mahu memelihara dirinya (dari keaiban mencabuli perjanjian itu). (al-Anfal: 55-56)

Oleh itu, jelas kepada kita berdasarkan apa yang telah dilakukan oleh orang Yahudi sepanjang zaman ini membuktikan merekalah makhluk Allah yang paling jahat.

Allah SWT juga menyatakan orang Yahudi akan sentiasa menyalakan api permusuhan mereka kepada orang Islam. Mereka akan terus menabur fitnah dan kebencian kepada umat Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga ke hari kiamat. Tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang yang melakukan kerosakan. (al-Maidah: 64)

Oleh itu, semua umat Islam mestilah sentiasa berhati-hati dengan janji orang Yahudi dan terus yakin dengan janji-janji Allah SWT. Orang Yahudi bukan sahaja memusuhi dan mempermainkan sesama manusia terutamanya umat Islam. Tiada yang terlepas daripada kejahatan mereka.

Mereka juga telah mempermainkan Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT yang menjelaskan hal ini: Dan orang Yahudi berkata: “Uzair ialah anak Allah” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al-Masih ialah anak Allah”. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran? (al-Taubah: 30)

Begitulah kita boleh melihat betapa tahap kejahatan mereka sehingga berani mempermainkan Allah SWT dengan kata-kata mereka.

Antara bukti betapa buruk dan jahatnya sifat mereka ialah mereka mengatakan Allah miskin dan merekalah yang mempunyai kekayaan.

Perkara ini dinyatakan oleh Allah SWT melalui firman-Nya: Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi) yang mengatakan: Bahawasanya Allah miskin dan kami ialah orang-orang kaya. Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang membenarkannya, dan Kami akan katakan kepada mereka: “Rasalah kamu azab seksa yang sentiasa membakar”. (ali-Imran: 181)

LANGGAR PERJANJIAN

Sejarah mencatatkan bagaimana orang Yahudi melanggar setiap perjanjian mereka. Antaranya ialah sebagaimana kisah Nabi Musa a.s yang diabadikan oleh Allah SWT: Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil perjanjian setia kamu semasa Kami angkatkan Gunung Tursina di atas kamu (sambil Kami berfirman): “Terimalah Taurat yang telah Kami berikan kepada kamu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh, dan ingatlah (jangan lupakan) apa yang tersebut di dalamnya, supaya kamu bertaqwa. Kemudian sesudah itu kamu membelakangkan perjanjian setia kamu itu (tidak menyempurnakannya); maka kalau tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu (dengan membuka pintu taubat), nescaya menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang rugi. (al-Baqarah: 63-64)

Kemudian Allah SWT memberitahu bahawa mereka mendapat balasan daripada Allah SWT di atas apa yang mereka lakukan.

Ia sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina”. Maka Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan orang-orang yang datang kemudian, dan suatu pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa. (al-Baqarah: 65-66)

Bahkan, Allah SWT mengingatkan di akhir ayat tersebut bahawa ia menjadi pengajaran dan peringatan kepada kita umat Islam yang bertakwa.

Lipatan sejarah juga membuktikan orang Yahudi sentiasa melanggar setiap perjanjian mereka. Antaranya, apa yang berlaku pada perang Khandak dan perang Ahzab.

Begitu juga bagaimana mereka telah melanggar Perjanjian Hudaibiah. Sehingga Nabi SAW akhirnya membuat keputusan tegas dengan menghukum mati orang dewasa lelaki dalam kalangan Yahudi. Kanak-kanak dan wanita diusir keluar dari kota Madinah. Begitulah mereka terus-menerus melanggar dan menodai setiap perjanjian sehingga ke hari ini.

Dunia menyaksikan bagaimana orang Yahudi sentiasa mengkhianati perjanjian mereka. Kita sebagai umat Islam mesti yakin dengan setiap janji Allah.

Allah SWT berfirman: Katakanlah: “Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya, dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah Taghut. Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul. (al-Maidah: 60)

Mereka akan tetap menerima balasan azab sengsara. Orang Islam mesti terus berhati-hati dengan mereka dan yakin akan janji Allah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Dia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-A’raf: 167)

  • Dr. Nor Hazrul Mohd. Salleh, Pensyarah, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Pusat Pendidikan UM, Bachok, Kelantan.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×