Kalau Shuib tak boleh menyanyi, saya tak akan buat… - Ajai - Utusan Malaysia

Kalau Shuib tak boleh menyanyi, saya tak akan buat… – Ajai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer terkenal, Ajai menyatakan pelakon dan pelawak popular, Shuib Sepahtu, berkebolehan sebagai penyanyi.

Menerusi perkongsian di entri Instagram Ajai, dia juga memberitahu warganet bahawa pelawak itu memiliki bakat semula jadi sebagai seorang penyanyi.

“Kalau dia tak boleh menyanyi, saya tidak akan membuat lagu dan merakam suara dia. Tetapi hakikatnya, si Shuib Sepahtu ini memang boleh menyanyi serta ada nada tersendiri.

“Seterusnya, dia juga mempunyai bakat semula jadi. Tahniah untuk kamu berdua, Shuib dan Siti Sarah,” katanya.

Sebelum ini, komposer terkenal itu telah mencipta lagu single terbaharu berjudul Semakin Benci Semakin Cinta yang dinyanyikan oleh penyanyi Siti Sarah dan suaminya, Shuib.

Dalam pada itu, Ajai berharap lagu baharu tersebut dapat diterima dan disambut baik para peminat.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.