Instagram Norish Karman disekat dan terima ugutan - Utusan Malaysia

Instagram Norish Karman disekat dan terima ugutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Norish Karman, memaklumkan dia telah diugut oleh individu tidak dikenali menerusi kiriman di aplikasi WhatsApp pagi tadi.

Menurut pelakon drama popular Spa Q itu, individu tersebut memiliki akaun Instagram (IG) miliknya yang dibeli daripada penggodam dan ingin dikembalikan semula tetapi bersyarat.

“Saya menerima mesej WhatsApp daripada pembeli akaun IG saya yang dijual oleh penggodam. Jika saya tidak memberi wang, akaun IG saya akan dijual kepada pembeli lain.

“Saya dengan rendah diri meminta pertolongan kepada sesiapa yang boleh dapatkan semula IG saya, boleh direct message (DM) IG saya @norishkarman dengan segera. Terima kasih,” katanya.

Pada Februari lalu, akaun IG Norish @thenorishkarman yang mempunyai pengikut sebanyak 90,000 telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Pelbagai cara Norish cuba untuk mendapatkan akaunnya semula tetapi gagal.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya