Raih lebih RM2 Juta untuk Palestin, Neelofa, Haris antara yang menyumbang - Utusan Malaysia

Raih lebih RM2 Juta untuk Palestin, Neelofa, Haris antara yang menyumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kuala Lumpur: Kerjasama beberapa selebriti tempatan bersama badan bukan kerajaan (NGO), Muslim Care, Pertubuhan Kasih Neelofa dan JomDonate berjaya meraih sumbangann lebih RM2 juta menerusi kempen Donate 4 Palestine yang dilancarkan sejak 9 Mei lalu.

Antara selebriti popular itu ialah Neelofa, suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau Haris, Wany Hasrita, Amira Othman, Pencetus Ummah (PU) Amin dan beberapa pendakwah bebas lain lagi.

Menurut Haris, inisiatif tersebut bukan semata-mata untuk memberikan bantuan, tetapi sebagai bukti kasih sayang dan keprihatinan sesama saudara Islam.
 
“Marilah kita sama-sama membantu mereka dengan menghantar sumbangan dan menginfaqkan harta ke jalan Allah SWT sebagai tanda sokongan kepada mereka. Doa juga adalah senjata bagi umat Islam, maka kita jangan berhenti berdoa untuk saudara kita di sana agar mereka terus kuat dan sentiasa dilindungi Allah.
 
“Setiap wang ringgit yang disumbangankan ini mungkin kecil pada kita, tetapi ia amat besar pada mereka yang memerlukan. Mungkin juga ia boleh menjadi asbab untuk kita mudah masuk ke syurga, Insya-Allah.
 
“Semoga dengan bantuan anda dapat memberi sinar harapan buat saudara Islam kita di sana. Semoga setiap nilai yang dikeluarkan untuk meringankan beban mereka, Allah SWT memudahkan urusan seharian kita semua,” katanya dalam satu kenyataan.

Semua hasil kutipan disalurkan terus kepada penduduk Palestin yang akan digunakan untuk kos perubatan, kemanusiaan, kecemasan dan keperluan lain dan sumbangan boleh dilakukan di laman web https://jomdonate.com/campaigns/190.

Terdahulu, Israel membuat serangan terhadap Palestin selama 11 hari sebelum gencatan senjata diumumkan, semalam. Pun begitu, 12 jam selepas itu Israel kembali membuat serangan di Masjidil Al Aqsa dengan menyerang orang awam yang berada di situ.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya