“Betul ke mu dah pakai tudung?” Soalan itu saya layangkan setahun lalu. Sebagai antara rakan media yang dekat dengan Kilafairy, sejujurnya saya sendiri terkejut. Siapa sangka, tanpa ribut atau angin, pelakon ini memuktamadkan keputusan untuk berhijab. Itu kisah setahun yang lalu. Meniti sejarah hidup wanita ini, dia pernah melalui episod yang cukup pahit. Dikecam dengan pelbagai gelaran, dia menelan semuanya sendiri. Pengalaman itu mematangkan. Namun, ketika ini namanya tidak lagi…










