Graduan universiti perlu bersedia menghadapi cabaran dan daya saingan baharu dalam dunia pekerjaan yang pantas berubah. Selain kecemerlangan akademik, kebanyakan majikan masa kini turut menuntut graduan yang dilengkapi dengan pelbagai kebolehan dan kecekapan, seperti kemahiran digital, komunikasi, daya kreativiti dan keupayaan penyelesaian masalah. Salah satu kemahiran yang jarang di ketengahkan tetapi cukup penting bagi kerjaya masa depan ialah daya pemikiran reka bentuk, atau design thinking. Pendekatan ini digunakan oleh banyak…