Dr. Fazley kongsi ragam Ramadan anak-anak - Utusan Malaysia

Dr. Fazley kongsi ragam Ramadan anak-anak

Fazley dan isteri, Azrene sering menjadi contoh keibubapaan yang terbaik untuk anak-anak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bergelar ayah kepada empat orang anugerah Allah, pastinya penyanyi dan cef terkenal, Datuk Fazley punya pengalaman sendiri. Apatah lagi tatkala Ramadan menjelma, pasti ada memori mencuit hati ada bersemadi dalam fikiran.

Mengajar anak berpuasa itu bukan satu tugas mudah. Kita sendiri ketika di usia muda, puasa itu ibarat satu ujian yang sukar untuk ditempuhi. Pasti ada momen ponteng puasa yang hanya kita dan tuhan sahaja tahu.

Tergelak sebelum mula membuka gelanggang cerita, Fazley juga ada koleksi memori yang jika dikorek kembali pasti hati ayahnya terusik. Yalah, budak-budak punya macam-macam ragam ponteng puasa.

“Kalau teringat memang saya dan isteri, Datin Azrene tergelak sendiri. Alhamdulillah, sekarang tiga anak saya kecuali yang kecil sudah berpuasa penuh. Namun, masing-masing ada ragam sendiri ya ketika mula belajar berpuasa.

“Anak sulung, Ahmad Fariedz Shah, dia suka makan coklat. Bayangkan, dalam bilik air penuh plastik pembungkus coklat. Bila ditanya, dia kata tak tahu. Saya tahan gelak sahaja ketika itu.

“Anak kedua, Ahmad Fieradz Shah pula suka milo, jadi kalau saya periksa bekas, pasti akan berkurang. Dia memang hantu milo. Kalau Ahmad Firudz Shah pula, suka makan keledek. Jadi bila goreng saya akan kira berapa,” katanya seraya tergelak kecil.

Pelbagai ragam mencuit hati namun bagi Fazley, ketegasan itu penting dalam mendidik anak-anak. Dia tidak lokek mendedahkan ada hukuman yang menanti jika anak-anak ponteng puasa.

Malah dia juga percaya dengan sistem ganjaran untuk mereka yang berpuasa penuh. Itu adalah caranya sendiri dalam memastikan anak-anak belajar dan memahami erti berpuasa serta beramal soleh.

“Anak-anak selalu tanya, apa ganjaran bila berpauasa. Saya kata Allah akan bagi pahala. Mereka tanya macam mana nak tengok? Saya jawab nanti di syurga. Tetapi saya akan beri ganjaran kecil jika mereka berpuasa.

“Mereka masih kecil, perlu motivasi untuk melakukan sesuatu. Jadi saya beri galakan dan dalam pada masa sama ajar mereka, kenapa kita perlu berpuasa. Apa hikmah dan ganjaran pahala yang bakal diperoleh,” jelas bapa kepada seorang puteri, Alayna Selma, 4.

Mala Mala
Melancarkan restoran baharu, Mala Mala yang kini sudah membuka tiga cawangan, Fazley sebagai pemilik bersama teruja untuk memperkenalkan menu baharu yang mungkin jarang kita dengar dan rasa.

Berkonsepkan restoran Cina Sichuan, Fazley sekali lagi menggabungkan masakan Melayu yang menjadi perjuangannya dengan kepedasan cili Mala dari Sichuan, China. Itu antara tarikan Mala Mala.

“Saya suka mencuba sesuatu yang baharu dan menyuntik elemen kemelayuan dalam sesuatu masakan. Saya sangat tertarik dengan kepedasan cili Sichuan. Jadi saya fikir apa salahnya untuk mencipta menu baharu yang menggabungkan kedua-dua elemen ini.

“Saya memasang harapan untuk membuka sebanyak mana cawangan yang boleh untuk masyarakat kita tidak kira kaum dapat menimmati hidangan Melayu dengan kepedasan cili Sichuan ini. Itu impian saya,” katanya.

Ditanya sambutan setelah membuka tiga cawangan Mala Mala, Fazley bersyukur penangan gabungan masakan Melayu dan Sichuan ini berjaya menarik minat ramai untuk mencuba sesuatu yang baharu.

“Setakat ini memang menggalakkan, Orang kita ramai yang suka mencuba sesuatu yang baharu jadi, mereka sendiri teruja untuk merasai kepedasan cili Sichuan ini. Malah, elemen masak lemak cili api juga mengiurkan.

“Sempena Ramadan, Mala Mala memperkenalkan set menu Datuk Fazley Punya dengan harga RM49.90 untuk dua orang. Malah, anda boleh memcuba kerepek teratai yang lain daripada yang lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×