Menyebut nama Zizi Zulkifli mungkin masih baru. Namun bintang berbakat besar ini sememangnya aktif dalam radar seni lakonan tempatan sejak dua tahun lalu. Bahkan namanya juga terkenal dalam kalangan penggiat teater dan tari. Sungguhpun begitu, Zizi atau nama penuhnya Nur Hazirah, 22, berharap ada sinar pada tahun ini untuk dia lebih menyerlah menerusi watak utama. Iyalah, sekadar peranan kecil tidak memberi kepuasan maksima untuk menonjolkan bakatnya itu, lebih-lebih lagi watak…