Muhammad Rasyid Redha dilahirkan pada 1865 di Qalamun, Lubnan. Ayahnya Ali Redha adalah bertugas sebagai imam masjid di samping tugas sebagai guru. Di peringkat permulaan pengajian beliau menghafaz al-Quran dan menerima ilmu daripada ayahandanya. Selepas itu beliau melanjut pengajian peringkat menengah di Tarabulus. Oleh kerana pencapaian yang amat baik dalam pengajian, gurunya Sheikh al-Jasr mengijazahkanya pada tahun 1897 untuk mengajar ilmu syariat dan bahasa arab. Beliau juga mendalami ilmu hadis…