Sambal bilis petai tempoyak - Utusan Malaysia

Sambal bilis petai tempoyak

Sedap dimakan dengan nasi panas, telur dadar dan timun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAMBAL ikan bilis sino­nim disajikan bersama nasi lemak. Ada juga yang suka dimakan bersama roti, nasi panas atau lempeng kelapa.

Tetapi jarang sambal tumis ikan bilis dicampur dengan tempoyak.

Kelebihan pada sambal oleh Khadijah Mohd. Zin, 59, ternyata menjadi bualan. Ramai yang sangka sambal dicampur tempoyak ini menggunakan pelbagai jenis bahan.

Khadijah Mohd. Zin

Namun penyediaannya cukup ringkas. Bermula dengan hanya mencuba meletakkan dua sudu tempoyak dalam sambal tumis, resipi itu nyata digemari dan menjadi.

Campuran tempoyak menjadikan sambal lebih pekat dan tahan disimpan lama.

Tiada resipi rahsia dan tia­da campuran bahan yang banyak. Hanya kombinasi cili dan tempoyak segar. Selamat mencuba!

Sambal Tumis Ikan Bilis Tempoyak Petai

Bahan-bahan:
 20 tangkai cili kering
 1 biji bawang besar merah
 100 gram ikan bilis sederhana yang telah siap dibelah dua
 4 sudu besar minyak masak
 2 sudu tempoyak
 4 papan petai
 1 biji bawang besar dipotong bulat
 3 sudu besar santan
 3 sudu besar gula
 3 suku sudu kecil garam

Cara penyediaan:
1. Kisar cili dan bawang besar
2. Tuang minyak dalam kuali dan tumiskan cili, bawang besar dan petai
3. Kacau sebati sehingga cili masak atau pecah minyak
4. Masukkan tempoyak, kacau rata
5. Masuk­kan santan, gaul sekejap dan masukkan ikan bilis serta bawang besar yang dipotong bulat
6. Gaulkan sekejap sehingga ikan bilis masak. Masukkan gula, kacau lagi sehingga warna sambal cantik. Merah dan berkilat.
7. Masuk­kan garam, gaulkan dan tutup api.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN